Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Rakyat AS dan Kanada Tidak Percaya Berita Di Media Sosial

Rakyat AS dan Kanada Tidak Percaya Berita Di Media Sosial

Separuh daripada rakyat Amerika Syarikat dan Kanada memperoleh berita daripada media sosial tetapi kebanyakannya tidak mempercayai sumber maklumat itu, menurut tinjauan yang disiarkan semalam.

Menurut tinjauan dilakukan Maru/Matchbox, 52 peratus rakyat AS dan 48 peratus di Kanada berkata mereka membaca mengenai hal ehwal dunia menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Cuma televisyen (64 peratus) dan laman web berita )49 peratus) di AS tersenarai lebih tinggi sebagai sumber.

Namun ketika kepercayaan kepada perkhidmatan berita tradisi termasuk radio dan akhbar diletakkan melebihi 80 peratus di kedua-dua negara, kepercayaan kepada media sosial adalah yang paling rendah dalam kalangan semua sumber iaitu 43 peratus di AS dan 32 peratus di Kanada.

Berita politik paling berkemungkinan mengandungi salah maklumat, menurut responden.

Sementara 84 peratus rakyat AS bimbang dengan ‘berita palsu’ pada pilihan raya presiden 2020.

Namun separuh daripadanya yakin mereka mampu mengenal pasti maklumat salah atau tidak tepat. — AFP

Leave a Reply

Top