Pentadbiran Rumah Putih di Washington memberitahu Presiden Donald Trump telah berbual dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz mengenai situasi terkini di Syria.

Menerui perbualan itu, Raja Arab Saudi itu telah menyatakan sokongan pihaknya dengan tindakan ketenteraan yang diambil Amerika Syarikat  (AS) ke atas Syria.

Kenyataan itu memperjalaskan bahawa Raja Salman bersetuju dengan tindakan balas AS susulan penggunaan senjata kimia oleh kerajaan Bashar Assad yang mengorbankan banyak nyawa di utara Idlib.

Agensi rasmi media Arab Saudi melaporkan ucapan Raja Salman yang memuji ‘tindakan berani’ Trump sesuai dengan status Arab Saudi selaku seteru kuat Assad.

Selain itu di MOSCOW, sebuah kapal perang Rusia dilaporkan belayar menuju ke timur Laut Mediterranean, lokasi dua kapal perang AS yang melancarkan 59 peluru berpandu ke Syria.

Seorang pegawai pertahanan AS memberitahu Fox News, kapal Admiral Grigorovich RFS-494 belayar melalui Selat Bosphorus dari Laut Hitam.

Serangan kimia terhadap bandar yang dikuasai kumpulan penentang itu menyebabkan sekurang-kurangnya 86 maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *