Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Raja Salman Rombak Kerajaan

Raja Salman Rombak Kerajaan

Raja Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan satu rombakan kerajaan besar-besaran semalam, bagi menggantikan pemimpin keselamatan utama dan tokoh politik termasuk menteri luar, ketika kerajaan bergelut dengan kecaman antarabangsa berikutan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Rombakan mengejut itu menyaksikan pelantikan menteri-menteri termasuk Pengawal Kebangsaan, maklumat dan pendidikan selain ketua agensi angkasa yang baru.

Kementerian tenaga dan kewangan tidak terjejas meskipun keadaan ekonomi mencatatkan kemerosotan.

Rombakan itu juga tidak menjejaskan kedudukan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemimpin de facto yang sedang berdepan kecaman antarabangsa susulan pembunuhan pengkritik tetapnya, Khashoggi pada 2 Oktober yang mencalar nama baik kerajaan.

Ibrahim al-Assaf, mantan menteri kewangan yang ditahan tahun lalu susulan tindakan anti rasuah, akan menggantikan Adel al-Jubeir sebagai menteri luar negeri, menurut perintah diraja.

Jubeir, yang cuba mempertahankan nama baik kerajaan di peringkat antarabangsa selepas pembunuhan Khashoggi, diturunkan pangkat kepada menteri negeri untuk hal ehwal luar negeri.

Pemimpin Arab Saudi turut memerintahkan pembentukan sebuah agensi angkasa kebangsaan yang diketuai oleh seorang lagi anak lelakinya, Putera Sultan bin Salman, yang juga seorang bekas angkasawan.

Kementerian tenaga, ekonomi dan kewangan tidak terjejas walaupun negara pengeluar minyak itu berdepan kejatuhan harga minyak mentah yang teruk. – AFP

Leave a Reply

Top