Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin, kini menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia ekoran tindakannya mengadakan upacara ‘memagar’ Malaysia pada awal minggu ini, tindakan yang disifarkan merosakkan imej Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis giat mengesan bomoh berkenaan sejak Isnin lalu susulan tindakan lelaki berkenaan yang kononnya memagar Malaysia daripada ancaman negara asing terutamanya, Korea Utara.

“JAWI dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam,” kata beliau menerusi satu kenyataan dalam akaun Twitter pada Sabtu.

Pada Jumaat, Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai mahu meraih populariti dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan upacara perbomohan lelaki tersebut.

Memang inilah matlamat individu tersebut, iaitu diviralkan (ditularkan) supaya menjadi seorang yang lebih popular. Banyak lagi agenda negara yang lebih besar boleh dikongsikan.

“Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya,” katanya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *