MH Online

Laman Suara Rakyat

Rahsia Kejayaan Jack Ma

Kesemua 24 orang yang memohon bekerja diterima oleh KFC, kecuali dia. Sewaktu mencari kerja, dia ditolak oleh lebih 30 buah syarikat. Dia gagal tiga peperiksaan untuk memasuki universiti di China dan tidak diterima oleh Harvard University.

Dia dan kawan-kawan memulakan perniagaan China (Internet) Yellow Pages dari bilik tidur apartmen kecilnya dengan modal $20,000. Apabila dia ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan dana, kesemua VC (venture capitalist) menolak.

Hari ini, Jack Ma, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group merupakan rakyat China pertama muncul di kulit majalah perniagaan Forbes dan menjadi orang yang ke-18 terkaya di dunia dengan nilai US$24.1 bilion.

Alibaba merupakan syarikat yang berjaya mendapatkan dana US$25 bilion melalui IPO, yang terbesar di New York Stock Exchange.

Dalam hidup, kita tidak memerlukan orang lain untuk endorse kemampuan kita. Memang akan ada orang yang meragui apa saja yang kita lakukan. Bukan sedikit yang memperlekehkan idea kita.

Apa yang perlu ialah kita percaya dengan kemampuan sendiri.

Biarlah orang lain tidak yakin dengan kemampuan kita. Sekiranya kita yakin dengan kemampuan sendiri, insya-Allah kita akan berjaya.

Jack Ma Sudah Buktikan….