Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitter miliknya mengesahkan penahanan Ahli Parlimen Pandan itu.

“@PDRMsia sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” katanya.

Difahamkan, Rafizi ditahan kira-kira 6.20 petang sejurus keluar dari bangunan Parlimen.

Semalam, LTAT dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran LTAT.

Pengerusi LTAT Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata dakwaan Rafizi itu adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *