Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Rafizi Dakwa Calon PKR Rantau Sengaja Dihalang

Rafizi Dakwa Calon PKR Rantau Sengaja Dihalang

SEREMBAN, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S.Streram, sengaja dihalang daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-(PRU14), 9 Mei ini.

Bekas anggota Parlimen Pandan itu mendakwa kemenangan yang diraih Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, bukan merupakan mandat yang diberikan rakyat, sebaliknya merampas hak Dr Streram daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa bahawa pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri telah pun memberikan arahan supaya pegawai pengurus pilihan raya di pusat penamaan calon membenarkan Streram memasuki pusat berkenaan walaupun calon itu tidak mempunyai pas perakuan SPR.

“Dia dah bayar deposit pun dan saya dapat panggilan daripada (Pengerusi PKR negeri) Aminuddin (Harun) bahawa Streram tidak dibenarkan masuk kerana tiada pas. Sampai pukul 9.45 pagi, Streram masih tidak dibenarkan masuk dan saya minta dia rempuh saja (sekatan polis),” katanya dalam ucapan di Ampangan di sini, malam tadi.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Sabtu lepas, Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau selama tiga penggal sejak 2004, diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon tersebut.

Leave a Reply

Top