“Sebelum PRU14, Rafizi ini suka serang saya tentang isu ‘jet peribadi’. Padahal itu bukan jet peribadi saya tetapi jet milik kerajaan dan dikongsi guna oleh mereka yang layak.

“Masa itu, Rafizi telah beberapa kali gesa jet itu dijual sebagai cara untuk memotong perbelanjaan kerajaan,” katanya menerusi perkongsian status dalam Facebook miliknya hari ini.

Tambah beliau, Rafizi bagaimanapun enggan membangkitkan isu yang sama selepas jet berkenaan kini digunakan oleh Perdana Menteri ke-7 untuk melawat ke negara-negara lain.

“Tapi Rafizi membisu pula walaupun hutang negara kononnya RM1 trilion dan banyak bantuan rakyat telah dipotong atau dimansuhkan. Dia tak suruh pula PM ke-7 jual jet itu.

“Saya juga perhatikan Rafizi ini sudah jarang buat ‘posting’ dalam media sosial. Paling banyak pun sekali dua sebulan. Cukup bulan, dia muncul seketika. Kecuali jika ada cerita tentang punggung seperti yang berlaku minggu lepas. Bila ada cerita punggung, laju dia keluar,” sindirnya.