Qatar membiayai pembinaan ibu pejabat baharu Pihak Berkuasa Palestin (PA), di sini ketika Hamas dan Fatah berusaha mengumpul sokongan perjanjian penyatuan.

Wakil Qatar ke Gaza, Mohammed al-Amadi, berkata negaranya bersetuju membina ibu pejabat presiden dan kerajaan Palestin di Gaza.

“Qatar bersetuju membina ibu pejabat presiden dan ibu pejabat kerajaan Palestin di Gaza selepas kerajaan penyatuan mengambil alih tugas sepenuhnya,” katanya.

Kerajaan PA akan mengambil alih kawalan Semenanjung Gaza daripada Hamas menjelang 1 Disember di bawah satu perjanjian penyatuan ditandatangani di Kaherah, bulan ini.

Amadi berkata, Presiden Palestin, Mahmud Abbas, meminta negara Teluk itu membiayai pembinaan terbabit seminggu lalu dan Qatar bersetuju, sebagai tanda sokongan terhadap penyatuan berkenaan.

Ibu pejabat PA dan kerajaan di Semenanjung Gaza sering menjadi sasaran pengeboman Israel ketika peperangan pada 2008, 2009 dan 2012, menyebabkannya musnah.

Qatar sekian lama menyokong Hamas dan membiayai kebanyakan pembinaan semula di semenanjung itu selepas perang terakhir dengan Israel pada 2014. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *