Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pusat Tahanan Maribyrnong Ditutup

Pusat Tahanan Maribyrnong Ditutup

Australia mengumumkan penutupan pusat tahanan kontroversi Maribyrnong di sini hari ini, antara beberapa kemudahan yang digunakan untuk menahan pendatang haram.

Kerajaan berkata keputusan untuk menutup kemudahan yang dikritik hebat itu adalah satu lagi kejayaan dalam usaha mengurangkan rangkaian penahanan imigresen di Australia.

Maribyrnong yang dibuka pada pertengahan abad lalu, sering menjadi lokasi mogok lapar dan protes baru-baru ini berikutan dakwaan layanan buruk pihak berkuasa.

Pada 2017, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia melaporkan bahawa pengawal di kemudahan itu menguatkuasa langkah lebih ketat daripada sepatutnya, termasuk penggunaan gari dan rantai yang berlebihan ketika mengiring tahanan.

Baki beberapa lagi penghuni kini sudah dipindahkan ke kemudahan lain.

Menteri Imigresen, David Coleman berkata dasar yang berjaya itu mengurangkan jumlah orang yang ditahan di pusat tahanan imigresen Australia dari 10,000 pada 2013 kepada lebih seribu hari ini.

Sekitar 19 kemudahan ditutup sejak September 2013 menjelang pilihan raya yang bakal berlangsung pada akhir Mei dan perdebatan hebat berhubung dasar imigresen. – AFP

Leave a Reply

Top