Program Triple Plus yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi platform terbaik buat masyarakat di negara ini untuk menjana pendapatan tambahan.

Program berkonsepkan seminar itu memberikan tiga manfaat besar kepada peserta iaitu penabungan, perlindungan dan pendapatan.

Antara objektif utama penganjuran program Triple Plus adalah bagi menyebar luas maklumat tepat mengenai simpanan pendidikan SSPN-i Plus di samping membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui produk  PTPTN.

Selain itu, penganjuran program tersebut juga merupakan antara peluang terbaik buat PTPTN membantu pelajar yang telah menamatkan pengajian terutamanya peminjam tabung pendidikan itu untuk menjana pendapatan sampingan.

Penganjuran program Triple Plus membuktikan bahawa PTPTN bukan sekadar hanya memberi dan mengutip balik pinjaman malah turut membawa masyarakat untuk terus maju ke hadapan dengan memperoleh pendapatan sampingan.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa pertandingan menarik dianjurkan sepanjang seminar berlangsung malah hadiah turut disediakan buat para pemenang.

Program Triple Plus yang berlangsung di Space U8, semalam, merupakan siri ketiga dan akan menjelajah ke seluruh negara sehingga Julai tahun ini.

Malah, pada 13 Mei ini, program Triple Plus bakal meneruskan penjelajahan di Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan.  Manakala pada 14 Mei ini di Pulau Pinang.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar secara online  di  www.tripleplusptptn.com    dan penyertaannya  adalah  percuma.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *