Perdana Menteri Britain, Theresa May akan memulakan proses Brexit pada 29 Mac ini, sekali gus melancarkan rundingan selama dua tahun yang paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua.

Duta Britain ke Kesatuan Eropah (EU), Tim Barrow memaklumkan tarikh itu kepada Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Brexit, David Davis berkata, proses untuk meninggalkan EU tersebut akan menjadi rundi-ngan terpenting bagi generasi dan negara terbabit.

“Kerajaan jelas dengan matlamatnya, perjanjian baru yang berfungsi untuk seluruh Eropah, kerjasama positif antara Britain dan sekutu di EU,” katanya.

Difahamkan, surat pemberitahuan untuk menggunakan Artikel 50 itu akan dihantar kepada Tusk pada minggu depan yang akan menyebabkan London berada dalam keadaan tidak menentu.

Artikel 50 membolehkan rundingan selama dua tahun untuk menentukan syarat pemisahan daripada blok 28 negara tersebut mengambil kira rangka kerja bagi masa depan dengan EU. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *