Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Projek Pembangunan & Infrarakyat Akan Diperluas

Projek Pembangunan & Infrarakyat Akan Diperluas

KUALA LUMPUR, Barisan Nasional (BN) akan meluaskan projek pembangunan dan kemudahan infrarakyat di semua negeri jika terus mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata jika gabungan itu berjaya merampas semula Selangor, masalah air di negeri itu akan diselesaikan.

Beliau berkata, bagi Pulau Pinang pula, sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik akan dibina.

Najib berkata demikian berucap dihadapan puluhan ribu penyokong BN ketika melancarkan Manifesto BN di Stadium AXIATA, Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kepada rakyat Kedah, BN akan membangunkan Zon Ekonomi Khas di Bukit Kayu Hitam.

“Pada bangsa Johor, suka saya nyatakan bahawa lebuh raya PLUS dari Yong Peng ke Johor Bahru akan diperbesar daripada empat lorong kepada enam lorong sebab terlalu sesak.

“Bagi Melaka, negeri yang bersejarah, BN menjanjikan akan membina lebuh raya baharu dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah dan Klebang,” katanya.

Bagi rakyat Terengganu dan Kelantan, katanya, BN akan membina lebuh raya terus yang menghubungkan dua negeri itu.

“Bagi rakyat Negeri Sembilan pula, saya memberi jaminan Malaysian Vision Velly akan diperhebatkan,” katanya.

Sementara itu, bagi Perak, Najib berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, sebuah lapangan terbang baharu akan dibina di Sri Iskandar.

“Aku janji Perlis pula, saya ingin mengumumkan bahawa Projek Lembangan Sungai Perlis ke Kangar akan kita laksanakan,” katanya.

Aku janji rakyat Wilayah Persekutuan pula, beliau berkata, lebih banyak projek pembaharuan dan pembangunan semula bandar seperti Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kepada rakyat Pahang, kita akan tambah peruntukkan untuk menambah bilangan rumah mampu milik, rumah kos rendah dan perumahan generasi FELDA kedua.

Leave a Reply

Top