Malah Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, projek tersebut sebaliknya bukan menjadi keutamaan negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu menghentikan projek yang tidak memberikan pulangan dan tidak realistik termasuk kereta terbang dengan memberi tumpuan lebih untuk pembangunan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) serta Transit Aliran Ringan (LRT).

“Pada masa ini, kita berdepan situasi ekonomi mencabar. Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji isu-isu ini dan bukannya menghabiskan masa untuk projek mewah yang tidak mendatangkan faedah. Melihat kepada prestasi Proton, kemungkinan projek ini menjadi kegagalan. “

“Malaysia memerlukan lebih banyak projek yang boleh membantu rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup tinggi. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri akui kos barangan naik selepas pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sementara gaji tetap tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.