Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari di Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Perdana Putra di sini hari ini.

Ketibaan Abdulla Yameen dan isteri Fathimath Ibrahim di bangunan Perdana Putra disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Selepas lagu kebangsaan Maldives dan Malaysia dimainkan, Abdulla Yameen kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 106 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Abdulla Yameen, dengan diiringi Najib, kemudiannya diperkenalkan kepada menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan dan diplomat asing yang hadir.

Najib dan Abdulla Yameeen kemudiannya mengadakan perbincangan dua hala.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan hubungan dan kerjasama sedia terjalin antara kedua-dua negara serta mengenal pasti bidang berpotensi untuk usaha sama di masa depan.

Ini merupakan lawatan pertama Abdulla Yameen ke Malaysia sejak menjadi Presiden Maldives pada November 2013.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *