Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap ketika-ketiga parti dalam Pakatan Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi pada PRU nanti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.

“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Masing-masing menandatangani enam dokumen bersama dalam Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu.

Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.

“Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian, kami akan adakan rundingan dan semua pihak akan terlibat untuk mengadakan perbincangan pokok.

“Apa yang kita persetujui dalam perjanjian itu adalah kebolehmenangan dan kalau itulah yang menjadi asas, maka kita harap kita akan sampai ke tahap di mana semua pihak akan berpuas hati,” kata Muhyiddin lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *