Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Portal Berita Sebar Berita Mengelirukan Akan Diambil Tindakan

Portal Berita Sebar Berita Mengelirukan Akan Diambil Tindakan

KUALA LUMPUR, Tindakan tegas akan diambil terhadap portal berita atau media dalam talian yang melaporkan berita mengelirukan dan tidak tepat mengenai kenyataan kerajaan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius penyebaran berita tidak tepat dan tidak sahih yang dilaporkan portal berita dalam talian terutama membabitkan kenyataan rasmi kerajaan.

Ini kerana menurutnya, laporan itu boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan keresahan rakyat.

“Portal berita dalam talian sepatutnya perlu lebih beretika ketika melaporkan berita ketika operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sedang dilaksanakan supaya orang awam mendapat maklumat yang sahih dan tepat.

“Jangan melaporkan berita mengelirukan yang boleh menimbulkan keresahan rakyat,” katanya pada sidang media harian mengenai pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau kandungan berita serta mengambil tindakan tegas bagi kesalahan itu.

Leave a Reply

Top