Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Polis Sedang Mengira Wang Dan Barang Kemas

Polis Sedang Mengira Wang Dan Barang Kemas

Selepas 18 jam menggeledah di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pasukan polis kini menyambung operasi pencarian di sebuah kondominium mewah di ibu negara malam ini.

Sekumpulan pegawai dan anggota polis dikatakan sedang mengira wang tunai dan mengumpul barang kemas dipercayai milik pemimpin tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya membuat serbuan di kondominium mewah tersebut.

Difahamkan salah seorang anggota polis turun dari kondominium mewah sekitar jam 10.56 malam itu membawa mesin kira wang bersama-samanya.

Ketika ini Amar Singh dipercayai masih berada di dalam kondominium itu.

Leave a Reply

Top