Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Polis KL Pandang Serius Isu Pemandu Mabuk

Polis KL Pandang Serius Isu Pemandu Mabuk

KUALA LUMPUR, Polis akan mengadakan lebih banyak operasi susulan laporan peningkatan statistik kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk terutama di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata orang awam juga perlu memainkan peranan penting dengan bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Polis Kuala Lumpur memandang serius isu pemandu mabuk yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh hubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di 03 20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03 21559999),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Awal pagi ini, seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini.

Jumaat lalu, seorang pekerja syarikat kurier maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan hala ke ibu negara dekat sini.

Leave a Reply

Top