Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Polis Dibenar Ambil Langkah Lebih Agresif

Polis Dibenar Ambil Langkah Lebih Agresif

KUALA LUMPUR, Kadar tangkapan berganda direkodkan polis membabitkan individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencerminkan masih wujud segelintir pihak cuba memperlekehkan arahan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan jumlah tangkapan individu oleh polis menerusi pelbagai aktiviti penguatkuasaan meningkat kepada 649 orang semalam, berbanding 320 orang kelmarin.

“Ini bermakna walaupun apabila tindakan tegas dilakukan, masih ramai lagi yang ingkar arahan, justeru polis kini dibenarkan untuk membuat pendekatan lebih agresif.

“Ia termasuk mengeluarkan kompaun dan sebagainya, selain membawa mereka ke mahkamah untuk berdepan tuduhan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, hari ini.

Leave a Reply

Top