Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Polis Akan Panggil Penganjur Himpunan PTPTN

Polis Akan Panggil Penganjur Himpunan PTPTN

KUALA LUMPUR, Polis akan memanggil penganjur Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan di ibu pejabat PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng di sini, hari ini untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata tindakan itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Tiada notis diberikan kepada polis. Kita akan ambil tindakan mengikut APA 2012,” dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, lebih 100 mahasiswa berarak sejauh kira-kira tiga kilometer (km) dari pekarangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek ke ibu pejabat terbabit.

Himpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, antara lain bagi menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas individu bergaji RM4,000 ke atas.

Beberapa peserta terbabit dilihat membawa beberapa sepanduk ‘Mahasiswa Ditekan’ dan ‘Kami Ditipu’ sambil melaungkan ‘Tuntut Janji PTPTN’.

Pada 17 November lalu, PTPTN dilaporkan mengakui tidak mampu menangguhkan pembayaran balik pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, berkata cadangan penangguhan pembayaran semula itu bakal memberi kesan buruk kepada institusi berkenaan bagi jangka masa panjang.

Leave a Reply

Top