Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima replika cek tersebut bagi pihak MAINJ daripada PNB di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Penyerahan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar kepada Sultan Ibrahim itu dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

MAINJ diwakili Penasihatnya, Datuk Nooh Gadot dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Alim Abd Shukor.

Zakat perniagaan daripada PNB itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 2017.