Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PKM Bukan Pejuang Kemerdekaan

PKM Bukan Pejuang Kemerdekaan

KUALA LUMPUR, Rakyat khususnya generasi muda dinasihatkan untuk tidak buta sejarah dan dengan mudah mengiktiraf golongan berhaluan kiri Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai sebahagian daripada perjuangan kemerdekaan negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, perjuangan komunis (PKM) berkenaan sama ada perjuangan di Malaya (termasuk Singapura), perjuangan di Indonesia, di Thailand atau di mana-mana pun, bukanlah sebuah perjuangan yang berasaskan pergerakan nasional.

Menurutnya, perjuangan komunis adalah berbentuk universal dan sejagat di mana tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah dunia yang bersifat komunis dengan ajaran-ajaran komunis Marxisme–Leninisme.

“Anak-anak muda khususnya yang buta sejarah, mereka kena ambil langkah yang berwajaran… pertamanya baca dulu perlembagaan PKM… dalam perlembagaan berkenaan tidak disebut perjuangan mereka (PKM) untuk memerdekakan negara ataupun menghalau Inggeris (British).

“Perjuangan mereka (PKM) ini ialah untuk merampas kuasa politik dan menubuhkan satu kerajaan baharu berlandaskan ideologi Marxisme–Leninisme,” katanya.

Menurutnya, adalah tidak wajar untuk mengiktiraf perjuangan PKM sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan negara.

Leave a Reply

Top