Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pintu Sempadan Malaysia-Thailand Ditutup Sementara

Pintu Sempadan Malaysia-Thailand Ditutup Sementara

ALOR SETAR, Semua pintu sempadan darat dan air antara Malaysia dan Thailand ditutup sementara kepada orang ramai mulai pagi ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin, berkata ia berikutan langkah kerajaan Thailand melarang semua warganya dan warga asing keluar atau masuk ke negara itu.

Jelasnya, bagaimanapun perjalanan melalui udara masih dibenarkan masuk dan keluar melalui negara itu.

“Rakyat Thailand di Malaysia yang mahu pulang ke negara mereka hanya dibenarkan menggunakan laluan udara sahaja dan begitu juga rakyat Malaysia yang berada di sana.

“Arahan ini mula berkuatkuasa jam 6 pagi hari ini, ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, penutupan pintu sempadan turut dilakukan Thailand membabitkan negara jiran seperti Laos, Kemboja dan Myanmar.

Bagaimanapun pergerakan barang masih dibenarkan melalui lima pintu sempadan yang wilayahnya bersempadan dengan Malaysia.

Lima pintu berkenaan adalah Sadao-Bukit Kayu Hitam, Sungai Golok-Rantau Panjang, Wang Kelian-Wang Prachan, Jeti Thammalang-Kuala Perlis dan Pengkalan-Hulu.

Leave a Reply

Top