MH Online

Laman Suara Rakyat

PH Tak Jadi Umum Calon PM

PH Tak Jadi Umum Calon PM

KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) mengakui terpaksa menangguhkan pengumuman calon Perdana Menterinya walaupun dikatakan ia sudah mempunyai persetujuan berhubung perkara berkenaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penangguhan itu juga dibuat kerana perkara itu perlu dirujuk kepada sekutu lain iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan kumpulan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gabungan PH yang kini diketuai Anwar dan sekutunya itu kini dinamakan PH Plus.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, keutamaan PH ketika ini adalah untuk memastikan agenda perubahan ekonomi rakyat, tata kelola dan tadbir urus yang baik.

“Bagi kita perubahan itu mendesak dan harus disegerakan tetapi janganlah hingga mengorbankan prinsip utuh iaitu perubahan ini mesti dengan maksud kepedulian terhadap masalah rakyat.

“Mesti dengan kesedaran bahawa perubahan ini akan membawa perubahan dalam negara, memberi keyakinan kepada pelabur dan menjana pertumbuhan ekonomi.

“Ini menjadi persoalan pokok dalam PH, sebab itu kita mohon maaf dan perlu menangguhkan pengumuman mengenai pimpinan bakal menerajui negara ,” katanya pada siaran langsung di laman Facebook hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan perbincangan calon Perdana Menteri bagi gabungan itu masih dilakukan antara parti komponen dan rakan pembangkang.

Ia sekali gus menafikan beberapa laporan media berhubung perkara berkenaan yang antara lain disifatkan tidak berasas dan tidak dikeluarkan PH atau PH Plus.

Dalam pada itu, Anwar turut mengakui pentadbiran PH sebelum ini, menghadapi masalah untuk meraih sokongan rakyat ekoran beberapa perubahan cuba dilakukan gabungan itu.

“Perubahan lebih baik daripada yang pernah kita lakukan kerana pengalaman menunjukkan bahawa untuk meraih dokongan rakyat itu kita menghadapi juga sedikit masalah.