Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PH Punya Cukup Majoriti

PH Punya Cukup Majoriti

PETALING JAYA, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki jumlah sokongan melebihi 95 kerusi sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Dr Mahathir mempunyai jumlah sokongan lebih besar berbanding pencabarnya.

“Dari segi jumlah (untuk) Tun (Dr) Mahathir, jauh lebih tinggi, lebih 95 (kerusi) dan Tun Dr Mahathir sudah tentu akan bawa beberapa lagi (sokongan Ahli Parlimen),” katanya ketika ditemui sebelum meninggalkan hotel yang menjadi lokasi pertemuannya dengan Ahli Parlimen PH.

Ditanya jumlah sebenar yang diperoleh Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri kelapan, Anwar enggan mengulas lanjut kerana pihak Istana Negara yang akan menentukannya.

Leave a Reply

Top