Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PH Dan BN Tiada Beza

PH Dan BN Tiada Beza

KOTA BHARU, Kerajaan PH hanya meneruskan apa yang pernah dilakukan BN sebelum ini dengan menidakkan hak Ahli Parlimen pembangkang untuk masuk ke sekolah bagi tujuan menghadiri apa-apa program atas jemputan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bukan hanya pemimpin, malah rakyat sendiri akan kecewa dengan tindakan tersebut yang seolah masih sama dengan kerajaan terdahulu.

“Dia (kerajaan PH) meneruskan apa yang diamalkan BN, kita mengharapkan sesuatu yang baharu dalam kerajaan sekarang ini. Tapi dia hanya meneruskan tradisi sahaja,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang didakwa berkata Ahli Parlimen pembangkang yang mahu masuk ke sekolah milik kerajaan untuk menghadiri apa-apa program perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak kementerian.

Tindakan tersebut mendapat maklum balas banyak pihak yang tidak bersetuju dengan perkara itu, selain menyamakan ia dengan tindakan yang dilakukan kerajaan terdahulu iaitu BN.

Ketika ditanya lanjut mengenai apakah alasan yang sebenarnya menyebabkan perkara berlaku, Mohd Amar berkata, kemungkinan pihak kementerian mempunyai alasan tersendiri, bagaimanapun ia tetap tidak berbeza dengan BN sebelum ini.

Leave a Reply

Top