Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PH Akan Semak Semula Manifesto

PH Akan Semak Semula Manifesto

Pakatan Harapan akan menyemak semula kandungan manifesto Buku Harapan mengenai lantikan perdana menteri sebagai menteri Kabinet.

Naib Presiden Harapan, Salahuddin Ayub berkata, persetujuan yang dicapai semua parti adalah perdana menteri hanya tidak boleh memegang jawatan menteri kewangan, bukan jawatan menteri lain.

“Setakat apa yang dibincang, perdana menteri hanya tidak boleh menjadi menteri kewangan dan itu dipersetujui. Tetapi bila lihat dalam menifesto, ada pula kenyataan bahawa perdana menteri juga tidak boleh memegang jawatan menteri lain.

“Sama ada saya bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut, itu perkara kemudian. Cuma saya perlu pastikan terlebih dahulu penulisan manifesto Buku Harapan berkenaan perkara itu supaya tidak bertentangan dengan apa  disepakati parti, “ katanya dipetik sebagai berkata.

Ulasan beliau berkaitan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media semalam, mengumumkan akan bertanggungjawab ke atas portfolio Kementerian Pendidikan, manakala timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula memegang awatan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata, ramai pimpinan parti mahukan manifesto tersebut disemak kembali supaya tidak ada percanggahan.

Salahuddin juga tidak menafikan ramai netizen di media sosial mula mempertikaikan keputusan jawatan tersebut.

“Saya tahu ramai yang marah sebab Harapan baru seminggu memegang kerajaan tetapi dilihat sudah tidak mengikut apa yang terkandung dalam manifesto.

“Saya rasa pimpinan parti akan buat kenyataan berhubung perkara itu,” katanya.

Terdahulu, manifesto yang terkandung dalam Buku Harapan menyatakan bahawa perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama jawatan menteri kewangan.

Namun semalam, pengumuman Mahathir dilihat berbeza.

Leave a Reply

Top