Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Petugas Media Ibu Pejabat UMNO Pilih Kasih?

Petugas Media Ibu Pejabat UMNO Pilih Kasih?

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Unit media UMNO Malaysia diingatkan supaya tidak ada sikap ‘favouritism’ ketika menguruskan kad media untuk liputan sebarang acara yang mengaitkan UMNO.

Ini adalah kerana unit berkenaan lebih condong memilih media arus perdana daripada media kecil untuk diberikan kad bagi membuat liputan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung minggu lepas.

Sebagai contoh media MH Online iaitu sebuah portal news yang turut berperanan menghebahkan berita-berita mengenai UMNO, telah dinafikan haknya. Media ini hanya memperolehi kad media pada Sabtu 29 September setelah melalui proses ‘tolak menolak’ sesama mereka. Wartawan MH Online telah terlepas beberapa acara  pada pagi perasmian PAU 2018, walaupun kami telah menunggu sejak dari pagi di PWTC.

Sudahlah begitu, dua daripada tiga kad media petugas MH Online, tidak dimasukkan gambar. Sedangkan dua hari sebelum itu salah seorang petugas MH Online telah ke bahagian berkenaan untuk mengisi borang online berserta gambar yang diperlukan.

UMNO perlu ingat sama ada media ini tidak punyai nama kukuh seperti media arus perdana, semua media ada peranan masing-masing. Begitu juga MH Online, mereka tidak pernah ‘miss’ membuat liputan baik PAU ataupun majlis-majlis berkait dengan parti UMNO ini.

Sehubungan dengan itu, pihak MH Online menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau pihak setiausaha kerja melihat perkara ini. Jika perlu ditukarkan sahaja pegawai-pegawai di unit berkenaan ke jabatan-jabatan yang tidak membabitkan orang ramai khususnya pihak media.

Secara sedar ataupun tidak sedar, pegawai-pegawai di unit ini seolah-olah tidak mahu media ini membuat liputan ataupun dengan lain-lain perkataan tidak mahu berita PAU di paparkan dalam media ini.

Sedangkan semua tahu apa juga jenama media, apatah lagi MH Online yang selama ini membantu UMNO dalam memaparkan berita, diketepikan begitu sahaja, tanpa ada rasa bersalah dikalangan petugas unit berkenaan.

Walaupun begitu diucapkan terima kasih En Haji Mustafa pegawai kepada Setiausaha kerja yang bertungkus lumus menyiapkan pas media kami walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Ahmad Zahid seharusnya melihat isu ini sebagai keutamaan kerana peranan media, seolah-olah diperlekehkan oleh beberapa pihak dalam parti ini. Kalau beginilah caranya kakitangan UMNO memberi layanan kepada akhbar, kemungkinan besar satu hari nanti, agak sukar pihak media memberi kerjasama kepada parti untuk menghebahkan berita berkaitan parti dan Presiden.

Leave a Reply

Top