MH Online

Laman Suara Rakyat

Petugas Kesihatan AS Alami Alergi Serius Selepas Divaksin

Petugas Kesihatan AS Alami Alergi Serius Selepas Divaksin

Seorang petugas kesihatan di Alaska, Amerika Syarikat (AS) mengalami alergi yang serius selepas menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dan kini dirawat di hospital dalam keadaan stabil, lapor media tempatan, semalam.

New York Times melaporkan individu terbabit menerima suntikan kelmarin, dan Pfizer mengesahkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden itu.

Dua petugas kesihatan di Britain turut mengalami alergi, menyebabkan kerajaan negara itu memaklumkan kepada orang ramai untuk mengelak daripada menerima vaksin berkenaan jika pernah memiliki alergi yang teruk.

Pihak berkuasa AS mengeluarkan kelulusan kecemasan serta amaran supaya individu yang memiliki alergi terhadap bahan dalam vaksin perlu mengelak daripada menerimanya.

“Kami masih belum mendapat perincian laporan dari Alaska mengenai kemungkinan alergi serius, namun sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menelitinya.

“Kami akan memantau semua laooran mengatakan alergi serius susulan mendapat vaksin dan memperbaharui bahasa pada label vaksin itu jika perlu,” kata seorang jurucakap Pfizer.

Secara keseluruhan, ujian itu tidak berdepan sebarang isu keselamatan, namun pihak berkuasa serta syarikat itu memantau situasi selepas menerima vaksin berkenaan secara berterusan.

AS sedang memberi vaksin kira-kira tiga juta rakyatnya minggu ini dengan vaksin berkenaan, dan berharap 20 juta rakyatnya menerima vaksin itu bulan jika satu lagi vaksin yang dibangunkan Moderna, diluluskan. – AFP