Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini menjalin kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian sumber maklumat dalam usaha menyokong Program Transformasi Kerajaan.

Kerjasama itu dicapai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Ketua Pengarah PNM Nafisah Ahmad manakala Mara diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Ahmad.

Nafisah dalam ucapannya pada majlis MoU itu berkata kerjasama dua tahun bermula hari ini sehingga Disember 2018 itu turut merangkumi persediaan akses kepada sumber maklumat secara fizikal dan elektronik dan menyediakan khidmat nasihat dan perundingan dalam bidang perpustakaan dan kepustakawanan.

Sementara itu, Ibrahim ketika berucap berkata MoU itu akan menjadi anjakan paradigma dalam memperkasakan ilmu pengetahuan dan perkongsian teknologi yang berterusan.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Dasar dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Saraya Arbi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *