Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi merekodkan pendaftaran  sebanyak 82,122 buah kenderaan daripada 117,844 tempahan yang diterima.

Menurut beliau, Axia, Bezza dan Alza kekal nombor satu dalam segmen masing-masing dengan jualan sebanyak 70,821 buah, 49,911 buah dan 24,389 buah kenderaan.

“Bagi perkhidmatan selepas jualan pula Perodua memecahkan pelbagai rekod dalaman dari segi pengambilan servis iaitu sebanyak 2.17 juta berbanding 2.1 juta pada 2017.

“Jualan alat ganti dan aksesori meningkat 11 peratus daripada RM288.5 juta pada 2017 kepada RM320.8 juta pada tahun lalu. Perniagaan badan dan cat (B&P) dan kenderaan pra-milik (POV) menyaksikan perkembangan yang menggalakkan,” katanya dalam Jamuan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.