Mahkamah Rayuan Syariah menolak permohonan qazaf yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan mahkamah mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga anggota panel yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuah Syariah, Dr Md Yusup Che Teh sebulat suara menolak permohonan berkenaan.

Md Yusup membuat keputusan itu selepas Anwar gagal mengemukakan bukti pendakwaan.

Dua lagi hakim Syariah di dalam panel itu adalah Hakim, Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zain.

Pada 10 Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Anwar dan hukuman penjara lima tahun dikenakan oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Mohd Saiful pada Jun 2008.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *