Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Perlis Sambut Baik Cadangan PAT Acara Pembukaan TMM2020

Perlis Sambut Baik Cadangan PAT Acara Pembukaan TMM2020

KANGAR, Perlis menyambut baik cadangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menjadikan Pesta Angin Timur (PAT) di negeri ini sebagai acara pembukaan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata PAT, yang kini memasuki tahun keenam penganjurannya, adalah pesta yang mampu menarik kunjungan lebih 100,000 orang selain menjana pendapatan bagi penduduk tempatan.

“Tahun lepas, PAT mencatatkan pulangan pelaburan lebih RM500,000,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PAT 2018 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman perkara itu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah hari ini.

Azlan berkata kerajaan negeri juga sedang meniliti cadangan untuk mengadakan pesta itu selama lima hari berbanding tiga hari pada masa ini berikutan sambutan yang begitu meriah.

PAT 2018, yang bermula semalam hingga esok, menyusun pelbagai acara dan aktiviti kebudayaan termasuk pameran dan jualan agensi kerajaan, jualan sentuhan rakyat, persembahan kebudayaan, pameran aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan gerai jualan.

Leave a Reply

Top