Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PERKAYA Sasar RM4 Juta Setahun

PERKAYA Sasar RM4 Juta Setahun

KEMAMAN, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) menyasarkan pendapatan meningkat kepada RM4 juta setahun berbanding RM2.5 juta sebelum ini menerusi projek tanam semula kelapa sawit yang dijalankan sekarang di atas ladang wakaf seluas 343 hektar milik mereka di Sungai Pergam, di sini.

Yang Dipertua Perkaya, Profesor Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, projek tanam semula itu dijangka bakal memberi pulangan lebih besar ekoran benih yang digunakan adalah klon terbaharu yang mampu mengeluarkan buah satu setengah kali ganda lebih banyak berbanding benih biasa.

Menurutnya, projek tanam semula itu melibatkan tiga fasa di mana penanaman fasa pertama melibatkan keluasan 80 hektar dan proses penanamannya dijangka siap pada bulan ini.

“Selepas itu, kita akan sambung dengan fasa kedua yang melibatkan keluasan antara 80 hingga 101 hektar dan mungkin dalam tempoh dua tahun, kerja tanam semula ini akan selesai di seluruh ladang.

Leave a Reply

Top