AFP melaporkan, beliau memberitahu, elemen paling kontroversi dalam perjanjian itu mekanisme ‘backstop’ yang bertujuan untuk memastikan sempadan terbuka di Ireland Utara perlu dikekalkan walaupun berdepan bantahan Britain.

“Backstop adalah kelonggaran paling maksimum yang boleh ditawarkan EU kepada negara bukan anggota,” katanya.

Barnier menjelaskan, beliau tidak optimis tentang senario ‘tiada perjanjian’, namun beliau sedia meneliti segala jalan yang diberikan Britain yang bersesuaian dengan perjanjian itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang mengambil alih kuasa pada bulan lalu menggesa supaya peruntukan itu dibatalkan bagi mencapai kesepakatan baharu menjelang tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober ini. -AFP