Mahkamah turut menetapkan 22 Oktober ini untuk pengurusan kes itu sebelum perbicaraan bermula.

Pada 23 Ogos lalu, Choo Kiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap ADUN daripada DAP itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan dibantu oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.

Pihak pembelaan pula dibarisi oleh peguam-peguam bela, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, Leong Cheok Keng dan Farhan Sapian.