Anda di sini!
Utama > Sukan > Perasmian Sukma Ke-18 Berlangsung Penuh Gemilang

Perasmian Sukma Ke-18 Berlangsung Penuh Gemilang

Hujan renyai di sini sejak petang yang membasahkan persekitaran Stadium Sarawak, langsung tidak menjejaskan kemeriahan majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 pada Sabtu malam.

Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang menanti penuh sabaracara kemuncak pengisytiharan perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Sementara menunggu saat pengisytiharan itu, orang ramai disajikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal, sebelum majlis bermula dengan kehadiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ketibaan Abdul Taib dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi tepat 8.45 malam terus menggamatkan stadium dengan sorakan orang ramai, dan disusuli dengan percikan bunga api menghiasi ruang udara stadium.

Leave a Reply

Top