Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Perancis Sedia ‘Menjalankan Tugas’

Perancis Sedia ‘Menjalankan Tugas’

Perancis tidak teragak-agak ‘menjalankan tugas’ berhubung dakwaan serangan gas klorin terhadap penduduk awam di Timur Ghouta, kata Menteri Luar negara itu, Jean-Yves Le Drian, semalam.

“Penggunaan senjata kimia adalah jenayah perang,” kata Le Drian dalam kenyataan, menambah Perancis sudah meminta Majlis Keselamatan bersidang secepat mungkin untuk menilai keadaan di Timur Ghouta.

Perancis berulang kali memberi amaran bahawa bukti penggunaan senjata kimia di Syria adalah ‘garisan merah’ yang mendorong ia melancarkan serangan di negara itu.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, menyifatkan laporan serangan gas di Syria tidak berasaskan fakta dan ‘alasan’ untuk Amerika Syarikat dan Barat mengambil tindakan ketenteraan terhadap Damsyik, lapor agensi berita IRNA.

“Dakwaan seumpama itu oleh AS dan Barat menunjukkan plot baru ke atas kerajaan dan penduduk Syria, dan menjadi alasan mengambil tindakan ketenteraan terhadap mereka,” IRNA melaporkan jurucakap kementerian, Bahram Qasemi, sebagai berkata. – AFP/Reuters

Leave a Reply

Top