MH Online

Laman Suara Rakyat

Perancis Desak Lubnan Segera Bentuk Kerajaan

Perancis Desak Lubnan Segera Bentuk Kerajaan

Perancis desak pembentukan pemerintah Lubnan ‘yang dapat memenuhi harapan rakyat’ disegerakan, berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, Hassan Diab disebabkan tragedi letupan di pelabuhan Beirut, minggu lalu.

“Aspirasi yang dinyatakan oleh rakyat Lubnan dalam hal reformasi dan pemerintahan mesti didengar,” kata Menteri Luar Negeri Perancis Jean-Yves Le Drian dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Keutamaannya adalah pembentukan pemerintah yang cepat yang dapat memenuhi harapan rakyat, yang misinya adalah untuk menghadapi cabaran utama negara, terutama membangunkan semula Beirut dan menyelesaikan krisis ekonomi dan sosial,” katanya.

Pemerintahan Diab, yang dibentuk pada Januari lalu untuk mengatasi krisis ekonomi yang semakin meningkat, berdepan kemarahan rakyat sehingga mencetuskan tunjuk perasaan sejak tragedi letupan di pelabuhan Beirut minggu lalu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 160 orang, mencederakan 6.000 yang lain selain memusnah dan merosakkan harta benda sebahagian besar ibu kota itu. – AFP.