MH Online

Laman Suara Rakyat

Peralihan Monsun Bermula 27 Mac-Mei

Peralihan Monsun Bermula 27 Mac-Mei

KUALA TERENGGANU, Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang berpotensi menyebabkan banjir kilat dijangka berlaku dalam masa yang singkat terutama waktu petang dan awal malam ketika negara dalam fasa peralihan monsun mulai akhir bulan ini.

Fasa peralihan monsun bermula 27 Mac ini dan akan berterusan hingga pertengahan Mei 2020.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata itu fenomena itu akan berlaku di negeri Pantai Barat dan di kawasan pedalaman Semenanjung, Barat Sabah serta kawasan di barat dan tengah Sarawak.

Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya musim Monsun Timur Laut yang bermula sejak 24 Oktober 2019.

Dalam tempoh peralihan monsun itu, beberapa kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awam ribut petir.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang akan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial.