Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Penyokong Azmin Serang Rafizi

Penyokong Azmin Serang Rafizi

KUALA LUMPUR, , Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diserang oleh penyokong Azmin Ali di Keningau, Sabah petang semalam.

Memetik laporan sebuah portal, beliau berkata seorang lelaki mendekatinya dan memukul kepala ketika meninggalkan pusat pengundian.

“Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

“Malah, kejadian itu berlaku dihadapan semua orang, termasuklah anggota polis. Saya akan membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.

Beliau turut mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira satu jam sebelum ditutup menyebabkan berlaku kekecohan di kalangan ahli parti yang telah menunggu sejak pagi.

“Mereka (Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR) memutuskan untuk membatalkan pengundian pada saat akhir,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JP, Datuk Rashid Din menafikan proses pengundian di Keningau telah dibatalkan.

“Pengundian tidak dibatalkan, ia berlangsung. Pengundian terus dibuka sehingga semua orang selesai memilih,” katanya.

Leave a Reply

Top