MH Online

Laman Suara Rakyat

Penyakit Virus Marburg Dikesan Di Afrika Barat

Penyakit Virus Marburg Dikesan Di Afrika Barat

GENEVA, Pegawai di Guinea mengesahkan kes penyakit virus Marburg, yang boleh membawa kematian kali pertama muncul di Afrika Barat, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

“Virus Marburg berpotensi merebak secara meluas…ini bermakna kita perlu segera menghentikannya,” kata Pengarah WHO Wilayah Afrika, Dr Matshidiso Moeti, dalam satu kenyataan.

Kenyataan WHO itu juga berkata, Pegawai Guinea mengenal pasti kes itu di wilayah selatan Gueckedou.

“Ini kali pertama dikesan penyakit bawaan virus Marburg, yang sangat menular menyebabkan demam berpanjangan sudah dikenal pasti di negara ini dan Afrika Barat,” tambahnya.

Penyakit ini termasuk dalam keluarga yang sama dengan virus berkaitan wabak Ebola di negara itu, yang kali terakhir menyerang pada 2016.

Penemuan virus Marburg di Guinea berlaku hanya dua bulan setelah WHO mengisytiharkan berakhirnya wabak kedua Ebola di negara itu, yang bermula tahun lalu dan meragut 12 nyawa setakat ini. – AFP