Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Penuntut IPT Layak Mohon Zakat MAIDAM

Penuntut IPT Layak Mohon Zakat MAIDAM

KUALA TERENGGANU, Berita baik untuk anak Terengganu yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan Bantuan Zakat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2019.

Penghantaran dokumen (hardcopy) berkaitan perlu dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2019. Permohonan dalam negara dan luar negara perlu dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat MAIDAM, Kuala Terengganu.

Syarat umum permohonan adalah termasuk beragama Islam dan merupakan rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu atau pemastautin tetap tidak kurang dari tiga tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian.

Pemohon masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester serta slip gaji atau penyata pendapatan pemohon samada bekerja atau tidak bekerja.

Bagi syarat khas penuntut IPT dalam negara, pemohon perlulah menyediakan surat pengesahan pengajian tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Pointer Purata Nilai Gred (GPA) 3.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi 2018/2019 yang mesti disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkenaan.

Pelajar Diploma dan Ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman mahupun pembiayaan dan tidak bekerja manakala pelajar Sijil, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman, pembiayaan, dermasiswa, biasiswa, MyBrain, MyPhD atau tidak bekerja.

Syarat khusus penuntut IPT luar negara pula adalah mengemukakan surat pengesahan pengajian tahun semasa daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Penuntut Malaysia atau Kedutaan Besar Malaysia.

Pemohon juga tiada pinjaman, pembiayaan, dermasiswa, biasiswa atau tidak bekerja. Di samping itu, pemohon perlu membawa keputusan peperiksaan semua semester atau tahun pengajian.

Syarat penuh, maklumat lanjut dan cara mohon boleh layari¬†www.maidam.gov.my. Permohonan boleh dibuat secara atas talian ‘online’ pada pautan¬†www.espmb.com/maidam_zakat/.

Leave a Reply

Top