Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Penunjuk Perasaan Banjiri Pejabat Kerajaan

Penunjuk Perasaan Banjiri Pejabat Kerajaan

Ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri bandar di wilayah ini mencetus keadaan huru hara selepas menyekat jalan utama berhampiran bangunan kerajaan bagi membantah pembahasan kedua rang undang-undang ekstradisi.

Stesen televisyen turut menyiarkan ribuan penunjuk perasaan yang berarak di sekitar Jalan Lung Wo, berhampiran pejabat Ketua Eksekutif Carrie Lam, sambil dikawal ratusan polis pencegah rusuhan, mengarahkan mereka bersurai.

Sebahagian penunjuk perasaan turut meletakkan penghadang bagi menyekat jalan raya di kota pusat kewangan Asian itu.

Lam berkata, beliau akan meneruskan proses kontroversi berkenaan walaupun bimbang berdepan tunjuk perasaan politik paling besar sejak menyerahkan kembali Hong Kong yang ditadbir British kepada China pada 1997.

Penggubal undang-undang bakal memulakan sesi perbahasan rang undang-undang itu di Parlimen hari ini, yang di dominasi mereka yang setia kepada Beijing.

Keputusan undian akhir hanya akan diketahui selewat-lewatnya pada 20 Jun. – Reuters

Leave a Reply

Top