Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Penipuan Penjualan Topeng Muka Cecah RM 4.2 Juta

Penipuan Penjualan Topeng Muka Cecah RM 4.2 Juta

KUALA LUMPUR, Jumlah kerugian akibat penipuan kes penjualan penutup muka mencecah RM4.2 juta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata modus operandi penipuan dilakukan melalui media sosial dan secara bersemuka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes penipuan penjualan topeng muka. Kerugian akibat penipuan dianggarkan mencecah RM4.2 juta. PDRM akan mengambil tindakan tegas dan meminta orang ramai supaya lebih berwaspada.

“Kita menggalakkan pembeli membuat semakan akaun bank penjual terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

“Semakan boleh dilakukan di portal ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjual dalam talian di laman web www.biztrust.ssm.com.my,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Top