MH Online

Laman Suara Rakyat

Pengusiran 23 Diplomat Rusia Wajar

Keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May mengusir 23 diplomat dan menggantung hubungan peringkat tertinggi dengan Russia adalah tindak balas ‘lembut’ yang tidak mungkin membimbangkan Moscow.

Namun, penganalisis menganggap ia mungkin mendorong berlakunya tindak balas selanjutnya

Semalam, May mengumumkan langkah berkenaan selepas kerajaannya mendapati Russia ‘bersalah’ melakukan serangan agen saraf ke atas bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia di Britain.

Kedua-duanya dijumpai dalam keadaan tenat di bandar Salisbury, barat daya England pada 4 Mac lalu.

Pengarah antarabangsa kumpulan pemikir tentera RUSI di London, Jonathan Eyal, berkata reaksi berkenaan ‘nampaknya kurang daripada jangkaan awal’.

Katanya, tindak balas itu harus dilihat sebagai ‘langkah pertama’ Britain ketika berhadapan dengan Moscow, sekali gus memberikan May pilihan supaya tidak mengusir duta Russia ke London atau memutuskan terus hubungan antara kedua-dua negara. – AFP