Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pengurus Catering Ditipu Macau Scam

Pengurus Catering Ditipu Macau Scam

BUTTERWOTH, Pengurus cawangan sebuah syarikat katering di sini, rugi RM153,180 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berusia 47 tahun sebelum itu dihubungi pihak mahkamah, memaklumkan dia terbabit dengan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Katanya, suspek yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Raja Afiq dari Bukit Aman kemudian dikatakan memberi tekanan emosi kepada lelaki terbabit dengan memaklumkan bahawa kesalahan yang dilakukan itu boleh menyebabkannya ditahan dan diheret ke mahkamah.

“Menyedari mangsa berada dalam ketakutan, ‘anggota polis’ itu mengambil kesempatan kononnya mahu membantu mangsa memindahkan wang dari akaun miliknya ke akaun sementara bagi tujuan siasatan.

“Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek kemudian memberi maklumat akaun selain membuat beberapa transaksi terhadap empat akaun seperti diarahkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu bertindak membuat laporan kepada polis.

“Kes berkenaan kini dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Leave a Reply

Top