Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pengunjung MSAM 2018 Melebihi Sasaran

Pengunjung MSAM 2018 Melebihi Sasaran

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang berakhir semalam, menyaksikan penyertaan yang memberangsangkan dengan 200,168 jumlah pengunjung, melebihi jangkaan awal.

Acara tersebut, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April, di Stadium Batu Pahat, Johor, mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan mendidik orang ramai mengenai pelaburan dan celik kewangan.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata jumlah pengunjung di MSAM 2018 amat menggalakkan dan jauh melebihi sasaran awal sebanyak 150,000 pengunjung.

Majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada rabu.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Leave a Reply

Top