Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pengundi Muda Faktor Penentu

Pengundi Muda Faktor Penentu

SEREMBAN, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sokongan golongan muda menjadi faktor utama kemenangannya di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Beliau berkata, cara orang muda berpolitik tidak statik dan mereka boleh berubah mengikut kesesuian dan persekitaran politik semasa.

“PRK Rantau kali ini, saluran yang dulu kita takuti iaitu orang muda, tapi saluran muda yang banyak beri majoriti kemenangan kepada BN (di PRK Rantau).

“Orang muda ini dinamik, tidak statik, melihat keadaan sekitar, terutama politik tanah air sekarang, “ katannya.

Beliau akui sepanjang tempoh berkempen, banyak serangan peribadi dituju kepadanya namun disebabkan rakyat sudah mual dengan sentimen politik, memberi kelebihan kepadanya.

Mohamad juga tidak menafikan kemenangan diraih pada malam ini pastinya diperoleh hasil kerja keras jentera disamping komitmen kerjasama BN-PAS yang semakin jelas.

“Kempen DUN Rantau, gabungan semua, kerana kita tahu, kerjasama dengan PAS. Jentera dua parti, tak seperti (PRK) Cameron Highlands dan (DUN) Semenyih. PAS di dua PRK sebelum ini, ketara sikit (kempen asing-asing) tapi Rantau tidak sangat.

“Strategi kita seperti biasa, berjumpa dengan pengundi. Rakan-rakan (parti) Makkal Sakti semua,” katanya sambil menjelaskan strategi BN dalam PRK kali ini seperti satu perlawanan bola sepak.

Beliau juga akui keputusan diraih beliau satu yang di luar jangkaan, selain menyifatkan DUN Rantau sebagai kawasan unik dan mencerminkan imej sebenar Malaysia yang berbilang kaum.

Leave a Reply

Top